Monday 25 September 2017

'member'

Kisah ni berlaku pada sebuah sekolah berasrama penuh di kawasan pantai timur. Ceritanya macam ni:

Kat asrama perempuan, ada la sorang budak pompuan ni yang rajin study sampai memalam buta kat bilik prep dia. Satu malam tu dia tak sedar yang dia dah tinggal sorang kat bilik study tu.

Dia pun study la dengan khusyuknya. Sampai satu part dia tak paham, dia nak tanya la kat 'member' dia yang kat sebelah tu. Dia tak sedar lagi benda tu bukan orang. Masa dia nak tanya tu matanya terpandang kat bawah meja budak ni, dia perasan 'member' tu takde kaki.

Lepas tu dia kata "Takpe la, dah ingat camna nak buat." Lebih kurang camtu la dia
cakap sambil berkira-kira nak blah secepat mungkin. Yang mencuakkan bila si 'member' tu pulak tiba-tiba tanya "Dah ingat ke dah tahu....????" Maksudnya dah tahu ke yang dia tu hantu. Budak ni terus lari balik dorm dia.

Bila dia cerita kat senior, ada yang cerita dulu ada sorang budak pompuan ni yang mati bunuh diri sebab tension belajar masa nak ambik SPM. Mungkin tu la hantu dia
yang still study tak abih-abih. Lepas tu budak ni pun dah tak study sampai lewat malam lagi. Takuut siottt! Korang caya tak? Kalau tak caya terpulanglah.

Monday 18 September 2017

ROOMMATE


 D0d6

Hai semua cite ni aku x tahu pulak sama ada ianya benar atau tidak. Kisah ini diceritakan oleh seorang cikgu matrik. Cerita ni berlaku di Kolej Perempuan. Ada sorang budak tinggal dengan roomatenya. Kehidupan mereka seperti biasa tanpa ada sebarang syak wasangka dan juga benda pelik berlaku.

Sehinggalah pada suatu hari apabila budak tersebut balik ke bilik. Semasa dia hendak tidur, dia minta roomatenya menutup suis lampu. Dengan selamba roomatenya mengjulurkan tangannya yang memanjang macam Nang Nak dan terus menekan suis lampu. Bila melihatkan perkara ini, budak tu terus lari keluar dari bilik.

Bila diceritakan kepada orang lain, mereka bergegas ke biliknya dan didapati dia hanya tinggal seorang tanpa roomate kerana katil dan almari sebelahnya kosong. Keesokannya bila dibuat pertanyaan di pejabat kolej, mereka dapati tiada nama yang disebutkannya tinggal dalam bilik tersebut malah nama tersebut tidak pernah wujud.

Rupanya sudah satu semester dia tinggal dengan hantu (jin). Lepas tu cikgu berpesan kalau boleh nanti bila balik ke bilik cuba check roomate betul-betul sama ada orang betul atau jeng jeng. Setelah dicheck didapati peristiwa ini tak berulang lagi kerana kebanyakan roomate adalah benar-benar manusia..

SEMBUNYI 2


Kalini kisah benar berlaku dekat hostel aku dulu dekat hostel ssijb. Tak tau ssi tu kat mana ? Dkt jb la nakk :) Cerita ni member aku yang cerita sebab 'member' dia pernah kena benda tu..

Cerita ni masa before pt3 dah lama tapi lekat dekat ingatan sebab cite dia real.

Nama kawan aku tu siti.

Malam tu kawan aku dengan geng dia gi la turun prep macam biasa dia malas tapi tak turun prep karang kena marah pulak zzz.. Biasalah siti ni time prep nak tido je bukak buku masuk tak masuk je .. hw dah siap study pun ngantuk.. dia bosan .. dia ajak la member dia dua tiga orang pergi main sembunyi2 (banyak2 game , game tu yang dia nak main aku pun tak tau huhu) malam kot.. otak budak2 lagi tu . kk sambung.

Kekawan siti ni pun dah tepu nak study so diorang ikut je la plan fain nak hilang kan bosan ..

Dorang undi la sape yang nak kena cari sape yang nak sembunyi. Unluckily siti yang kena cari .. kekawan dia sembunyi. Siti cakap dgn dorang jangan sembunyi jauh2 nanti susah nak cari. Dorang semua gi belakang asrama tuk berkumpul sebelum mula main sembunyi2.
K game start !

Siti start kira. satu.....dua....tiga.... kekawan dia semua gelabah teruja cari tempat utk sembunyi. Sorang sembunyi dkt bawah meja dkt bilik prep , lagi sorang gi sembunyi dekat pantri .. yang lagi sorang ni nama dia syida .. dia takda idea nak sembunyi dekat mana .. masa dia cari tempat sembunyi tu dia lalu depan library ha tak fikir panjang dia masuk la library .. tak puas hati lagi dia masuk dalam satu bilik dekat library ni ye la takut dia org pertama fain jumpa .. terasa nub pulak nanti hihu..

Siti pun start la cari. Siti pergi la dekat bilik prep cari punya cari jumpa sorang kawan dia. Then ajak kawan dia tu cari yang lain.. Lalu dekat pantri jumpa lagi sorang. Lepas tu dorang semua gi la cari syida ni .. cari punya cari tak jumpa. Dorang tak terfikir pun dekat library member dorang tu nak sembunyi.. dorang give up dorang pun balik la naik bilik. Bila dorang naik bilik dorang cari la syida dkt bilik sbb waktu prep pun dah habiskan maybe syida dah masuk bilik. Cari punya cari xda..

Dorang dah gelabah gi la jumpa warden gitau pasal member dorang yang hilang ni. Warden pun bebel aa ceramah dkt dorang.. tapi dorang dah x kesah dorang lagi risau pasal syida. Warden lepastu pe lagi suruh buat la pemantauan dkt semua aras semua tempat ajak pak cik guard sekali ((mcm beria pulak )) . Masa warden lalu depan library tu warden perasan pintu library terkunci so warden agak la budak tu terkunci dkt dlm tu.. Warden mintak pak cik guard bukak pintu library.. gelap. Warden suruh la siti dengan duorang kawan dia tolong cari dkt celah2 library. Siti syak syida ada dalam bilik kosong dekat library . Dia gitau la warden. Bila warden bukak pintu dorang semua nampak syida tengah nangis dekat sudut dekat bilik . Dorang semua pimpin n pujuk syida sebab tau dia mesti takut. Siti kata tangan syida sejuk gila muka pucat . Syida tak berhenti menangis sampai la ke bilik.

Warden dah risau .. warden call ustaz yang berdekatan . Dalam lima enam minit lepastu ustaz pun dtg. Semua penghuni asrama dah tau pasal Syida so semua takut n kumpul dkt bilik prep. Syida masih menangis. Ustaz baca la ayat2 suci .. Syida menangis tak henti2. Ustaz cakap ada budak kecil perempuan tengah peluk syida dan tak nak lepaskan dia sebab nak kawan dgn syida.. Tapi makin lama tangisan syida makin berkurangan dan last2 dia pengsan. Fain semua pangku la syida. Last2 semua tido dekat bilik prep.


Esok paginya,
sebelum pergi sekolah..siti jumpa syida minta maaf sebab ajak dia main sembunyi2. Kalau dia tak ajak mungkin syida tak kena ganggu. Syida cakap dia tak ingat apa2.. Dia cuma ingat dia last sembunyi dkt bawah meja dkt library.........

HOSTEL










Kisah ni berlaku pada sebuah Kolej Matrikulasi  ( tak nak la cite matriks mana takut ada member takut pulak nak stay up malam2 huhu) Mungkin benar ? Mungkin tak ?

 Ceritanya macam ni:

Kat asrama perempuan or aspuri , ada la sorang budak perempuan ni yang rajin gila study sampai memalam buta kat bilik bacaan dia dak2 straight a spm katanya :) ((alangkah indah sis rajin macam dia huhu)) . Satu malam tu dia tak sedar yang dia dah tinggal sorang kat bilik study tu. Dia tengah study maths time tu berjam kot study power ile

Dia pun study la dengan khusyuknya. Sampai satu part dia tak paham, galau la kan .. dia nak tanya la kat 'member' dia yang kat sebelah tu. Dia tanya la 'member' dia soalan . Gigih dia tanya tapi 'member' dia senyap je . Dia pun bengang la macam nak maki je kawan dia senyap menunduk je . Putus cinta pe sial budak ni aku tanya diam je ugh.Budak perempuan tu pun tepuk la belakang 'member' dia ni takut tertido ke apa an em . Masa dia nak kejutkan tu matanya terpandang kat bawah meja budak ni, dia perasan 'member' tu takde kaki. Gelabah la weh budak perempuan tu

Lepas tu dia kata "Takpe la, dah ingat camna nak buat." Lebih kurang camtu la dia
cakap sambil berkira-kira nak blah secepat mungkin. Yang mencuakkan bila si 'member' tu pulak tiba-tiba tanya "Dah ingat ke dah tahu....???" Maksudnya dah tahu ke yang dia tu hantu. Budak ni terus lari balik dorm dia.

Bila dia cerita kat senior, ada yang cerita dulu ada sorang budak perempuan ni yang mati bunuh diri sebab tension belajar masa nak ambik PSPM. Ye la matriks kan pack gila masa nak study nak buat assignment riadah la bagai . Mungkin tu la hantu dia
yang still study tak abih-abih. Lepas tu budak ni pun dah tak study sampai lewat malam lagi. Takoot siottt! Korang caya tak?

 Kalau tak caya terpulanglah.

Monday 11 September 2017

Assalamualaikum..

Assalamualaikum,

 jangan baca sorang2 nanti tidur tak lena

pendek padat dan mampat