Kisah seram di asrama lelaki | Jarang sebenarnya kita nak
mendengar tentang kejadian seram dan misteri di hostel atau di asrama lelaki
ni. Biasenye mesti melibatkan asrama perempuan kan. Namun kali ini aku
berpeluang untuk berkongsi dengan korang semua tentang kejadian yang menimpa
Hadi (bukan nama sebenar) sewaktu beliau tinggal di asrama lelaki. Kisah seram
ini adalah kisah benar yang dialami sendiri oleh Hadi.
pendahuluan
Salam admin.. Kisah seram di asrama ini berlaku masa aku
tingkatan 1.. Aku bersekolah di Sekolah Agama di Gombak, Selangor…
Masa tu aku duduk di asrama lelaki.. Biasa la.. Bila dah
duduk asrama ni macam-macam cerita seram dan versi pernah aku dengar berkenaan
asrama lelaki yang aku duduk ni. Asrama ni ade
5 tingkat dimana dorm aku berada di tingkat atas sekali…
Kisah seram di asrama aku ni bermula pada suatu malam tu..
Aku dengan rakan-rakan aku hendak tidur.. Masa tu pukul 1 pagi.. Masa nak tidur
tu, Aku terdengar ayam hutan berkokok.. Dan tiba² dinding belakang katil aku
berbunyi macam dicakar.. Aku buat tak tahu dan berdiam diri sahaja.. Sambil
dalam hati membaca ayat kursi.. Selepas itu, tiada apa² yang terjadi dan aku
tidur lena sampi esok pagi…
Petang keesokan harinya tu, aku bertanya pada rakan aku yang
duduk sebilik tu samada dia ada dengar bunyi apa² tak malam tadi.. Dan dia kata
dia tak dengar apa² dan aku hanya berdiam diri sahaja tapa menceritakan bunyi
yang menyeramkan malam semalam…
kemuncak
Malam kedua selepas kejadian tu.. Kali ini bukan aku seorang
sahaja yang alami.. Tapi melibatkan satu dorm di asrama lelaki ni… Dorm kami
tiba² elektrik trip… Dalam keadaan gelap tu aku dan rakan² dorm aku terasa
macam angin bertiup masuk dalam dorm asrama lelaki tu dengan kuat.. Kami semua
berasa pelik.. Dan salah seorang dari rakan aku cuba untuk menaikkan (meng ON)
suis utama… Dan elektrik ada kembali.. Selang 2 minit lepas itu, elektrik trip
balik..
Kejadian ini berlaku sebanyak 3 kali pada malam tu.. Selepas
kali keempat rakan aku kena tampar dari belakang dan dia mengadu kesakitan..
Kami yang melihat dia tibe² berasa panik… Dan menyangka dia terkene renjatan
elektrik… Kami membawa dia keluar dari asrama lelaki tu menuju ke dewan. Di
dewan kami mendapati terdapat kesan lembam pada tengkuk kawan yang ditampar
dari belakang tadi tu… Kami semua terkejut dan berasa pelik dengan apa yang
telah terjadi…
Aku bersama 3 orang rakan telah mengambil keputusan untuk
kembali ke dorm asrama lelaki.. Sampai je kat dalam dorm, aku dengan rakan aku
terus lari lintang pukang keluar dari dorm asrama lelaki kerana nampak “benda”
tu bertenggek atas kipas… Kami berlari sampai lompat tangga tu.. Seliper pun
ade yang sebelah lain sebelah lagi lain.. Sampai di bawah kami semua tercungap²
dan memberitahu kejadian itu kepada rakan kami yg duduk di dewan…
Kami semua sepakat naik kembali ke dorm asrama lelaki tadi
dan membaca ayat Kursi serta salah seorang dari kami azan.. Alhamdulillah
selepas itu semua nye kembali seperti sedia kala…
Tapi kisah seram di asrama lelaki ni tak berakhir disitu..
Esok malamnye.. Aku sorang je pulak yang kene… Almari kat sebelah aku tibe²
berbunyi dan pintu almari tu terbuka dengan sendirinya.. Aku berasa takut.. Aku
berselimut hingga tutup muka…. Aku terasa kaki aku bagaikan ada orang yang
tarik.. Aku tak dapat tidur sampai la esok pagi.. Tak berani aku nak tengok
makhluk jenis apakah yang tarik kaki aku pada malam tu..
penutup...
Selalunya di asrama lelaki aku ni mengadakan solat subuh
berjemaah… Aku tidak pergi selama 3 kali dan akhirnye aku dibuang asrama…. Aku
tak pergi ada sebab… Sebabnye aku tak cukup tidur akibat diganggu oleh “benda”
tu… Kejadian yang menimpa aku ni benar² menyeramkan aku.. Dan aku tak nak duduk
di asrama lelaki lagi… Akhirnya selepas kene buang asrama aku sekolah dekat
dengan rumah aku…. Sekian….
No comments:
Post a Comment