asrama perempuan




Kisah seram ini bermula masa Shera mula-mula masuk semester 1..  Shera dapat bilik di blok Damai 3 aras 2 bilik 33 hostel pelajar perempuan.. Bilik yang Shera dapat ni bukan la berhantu. Tapi bilik Sha berhadapan dengan bilik yang tak diketahui siapa penghuninya. Shera ni kan peramah orangnya.. Semua orang Shera tegur dan berkawan
Tapi ada seorang je budak aras Shera tak pernah tegur dia.. Tapi Sha selalu jugak berbalas senyum dengan dia.. Tapi budak perempuan ni, kadang² je dia senyum. kadang² dia tak senyum langsung.. Tapi muka dia bapak masam plus scary kot..haha.. Suatu hari Shera tanye roomate Shera.. Nama dia Yana a.k.a keding.. Shera tanya kat keding ni.. "wehh, keding.. hang kenal tak budaq kat depan bilik kita tu..??" Sekali keding cakap camni.. "budak mana hang tanya ni..??" Shera cakap laa.. "budak prempuan duk depan bilik kita nii.. Takkan hang xnampak?" Keding pon jawab.. "hang gila apa..mana ada orang duk kat bilik depan kita ni".
Shera geram.. Shera jawab balik.. "ade la senget oii..minah tu pepagi mesti senyum kat aku". Keding pun bagitau kat Shera, "Shera..kat depan tu tak ada sapa² duduk pun.. Hang tak percaya hang pi tengok depan bilik dia, tak ada pun kertas yang bagitau ada penghuni kat dalam bilik tu". Jadi, Shera pun dengan muka confident nak pergi tengok kat bilik tu.. Skali Shera nampak perempuan yang Shera cakap kat keding tu. Masa tu Shera tak percaya cakap keding, sebab Shera nampak perempuan tu masuk bilik dia dan perempuan tu senyum kat Shera.. Bagi Shera keding tu mungkin tak perasan kot ade penghuni kat depan bilik 33 ni. Ataupun keding tu saja je nak kasi Shera rasa seram nak lalu kat bilik tu.
Satu hari ada seorang kakak AJK pusat Islam ni kena hesteria kat hostel perempuan Damai 3 aras 1 bilik 24. Kebetulan Shera lalu situ dan tiba-tiba je.. Ada sorang kakak ni panggil Shera, mintak tolong Shera masa tengah uzur. Tapi di sebabkan tak ada sapa berani pegang, Shera pon beranikan diri Shera untuk pegang kakak tersebut. Mula² pegang Shera rasa meremang bulu roma ni seram semacam dah satu badan.. Entah macam mana ada AJK pusat Islam lelaki datang tolong masa tu.. Shera pun balik bilik Shera sendiri. Semasa perjalanan nak balik bilik. Sha nampak ada hantu hostel merangkak ke arah Shera. Masa tu, Shera cepat² jalan balik bilik.. Bila dah sampai kat bilik, roomate Shera buka pintu bilik sebab dia panas. Shera masuk je dalam bilik.. Shera terus tutup pintu bilik Shera tu, sebab Shera takut menda tu masuk bilik.



Semasa Shera tengah baring, roomate Shera ni marah sebab Shera tutup pintu bilik tu, dia cepat² pergi buka pintu.. Shera tak sempat nak cakap jangan buka. Masa tu apa lagi.. melambak benda tu masuk dalam bilik.. Sumpah masa tu, badan² Shera terasa kena cucuk² dan macam orang cubit kuat². Nauzubillah.. Sakit sangat masa tu.. Dah la benda tu terlalu buruk.. Duduk dekat Shera. Shera punya takut dan tak tahan sakit sampai Shera menangis², kakak Mekar bawa Shera pergi ke surau Damai.. Tapi Shera makin teruk sakit.. Sebabnya Shera nampak benda tu terlalu banyak sangat².. Sampai Shera tak mampu nak tahan takut. Akhir sekali, Shera dibawa ke pusat Islam untuk di pulihkan oleh ustaz. Masa Shera dalam proses nak dipulihkan, macam² Shera lalui.. Sakitnya tak payah cakap la. Memang sangat sakit.
Tapi yang Shera pelik sangat.. Perempuan yang selalu Shera senyum tu.. Ada sekali kat dalam pusat Islam. Masa Shera dah nak pulih, ustaz tanya.. Apa yang Shera nampak sampai Shera terlalu takut..? Sha cerita la semua yang terjadi kat Shera. Dan Shera ade cerita, pasal perempuan Shera nampak tu.. Ustaz pun bukak la kisah perempuan yang Shera selalu nampak tu.. Sebenarnya perempuan tu, mati bunuh diri.. Sebab dia mengandungkan anak luar nikah. Baru laa Shera tahu cerita sebenar pasal perempuan misteri bilik hostel perempuan tu.. Betul la kata roomate Shera Sebenarnya bilik depan Shera tu tak ada penghuni dan bilik tu di tutup oleh sebab mempunyai macam² kisah seram hostel dan misteri hostel yang berlaku.
Semenjak dari peristiwa tu.. Shera dah tak nampak perempuan tu.. Misteri sangat perempuan yang duduk bilik depan tu. Tapi mungkin ade hikmah kenapa dia muncul dan bagi Shera sorang saja yang nampak diri dia.. Semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang² beriman..AMIN!


No comments:

Post a Comment