Kisah seram ini berlaku pada tahun lepas 2012. Ini merupakan
kisah benar yang saya alami sendiri. Ketika itu saya merupakan pelajar semester
akhir dan menyewa rumah di taman berhampiran. Hari pertama masuk rumah tu saya
pelik sangat sebab rumah setingkat je, tapi bumbung rumah tu tinggi macam rumah
ada loteng. Pakcik saya pernah cakap rumah yang bumbungnya tinggi ada benda
suka duduk diantara bumbung dengan lantai. tapi nak buat macam mana? rumah pun
dah siap bayar untuk 1 semester duduk jelah
Kisah seram ini bermula pada awal tahun lepas. Semasa itu
saya dan 4 lagi housemate merupakan final semester students. Memandangkan kami
hanya berlima, maka kami membuat keputusan untuk menyewa rumah teres setingkat.
Pada hari pertama masuk ke rumah itu, saya terkejut apabila melihat syiling
sangat tinggi hampir sama dengan rumah double storey. Pakcik saya pernah
berkata bahawa benda halus suka duduk diantara bumbung yang tinggi dan lantai.
Masalahnya duit rumah sewa untuk 1 semester telah pun bertukar tangan. Redha
sajalah duduk di situ untuk beberapa bulan.
Setiap hujung minggu dua orang housemate kami (lain course)
akan selalu pulang ke rumah. Tak tahulah masalah homesick ke apa. Jadi
tinggallah kami bertiga (sama course) ni. Satu malam, kami study sama-sama di
meja makan dekat hall. Saya menghadap ke pintu dapur, manakala mereka berdua
menghadap pintu utama rumah.Ssedang asyik mengira, tiba-tiba kami terdengar
bunyi kuat dari arah pintu dapur yang menghala ke ruang mesin basuh. Mata saya
bulat menatap pintu.
Kawan saya bertanya "bunyi ape tu kak?", saya
hanya menggelengkan kepala tapi hakikat saya tahu rangka katil besi yang
tersandar sendeng di ruang mesin basuh itu telah menghempap mesin
basuh."Kak, jom la tengok", bukan main cemas lagi muka semua orang.
Perlahan-lahan kami berjalan ke dapur. Disebabkan saya paling 'kakak', jadi
sayalah yang di hadapan. Sempat lagi tangan mencapai pisau kiwi baru beli di
tesco petang semalamnya.
"Siapa tu?" aku buat-buat berani nak tanya. Dalam
hati ni kenapalah asyik aku aje yang terpaksa memberanikan diri yang hakikatnya
hampeh. Mereka berdua hanya mengekori dari belakang. Semasa nak buka pintu,
saya pejamkan mata sambil baca ayat kursi kuat-kuat. Saya tak nak nampak
apa-apa. Kawan-kawan saya di belakang ternampak makhluk genit tetapi mengerikan
tertenggek di atas alang rangka katil itu. Lantas mereka tarik tangan saya lalu
menutup pintu. Saya terduduk atas bungkusan sabun serbuk. Alhamdulillah tak ada
masalah peranakan jatuh.
"Akak, kitorang nampak kak. akak nampak tak? Apa kita
nak buat ni!" Aku yang memang tak nampak apa-apa bingung. "Korang
nampak apa? Bawak mengucap. Baca bismillah banyak-banyak. Jangan lupa ayat
kursi. "Segera aku menyuruh mereka ambil wuduk dan baca yassin. Bila
teringat balik, nasib baik bukan aku yang nampak.
Semasa kami baca yassin, rumah kami menjadi panas tiba-tiba.
"Kamu pergi bukak tingkap" arahku. Kemudian terus membaca. Tiba-tiba
pintu rumah dicakar-cakar berulang kali. Besi grill diketuk-ketuk. Bingit
sungguh. Mahu berpesta agaknya. Selsai membaca yasin, kami pagarkan rumah.
Kemudian bunyi yang bising pun hilang.
Keesokan harinya lepas solat subuh aku mahu melihat pintu di
hadapan. Obvious sungguh kesan cakaran 3 kuku. Aku dah terbayang muka tuan
rumah akan marah tengok keadaan pintu rumah macam ni. Lepas itu aku pergi
melihat keadaan ruang mesin basuh pula, besi katil yang menghempap mesin basuh
itu kembali terletak pada kedudukan asalnya. Lama aku berfikir, mungkin mereka
marah sebab masuk di rumah yang telah ditinggalkan lebih 3 hari sebelum kami
masuk tanpa meminta izin. Mungkin jugak mahu meng'orientasi'kan kami.
Selepas kejadian itu, kami tidak sekali pun meninggalkan
rumah kosong lebih dari 3 hari. Kalau mahu pulang ke kampung pun bergilir-gilir
sampai hujung sem.
Kisah seram ini telah dikongsikan oleh seorang pembaca yang
tidak mahu namanya di sebutkan di ruangan ini.
Kisah Seram Misteri Rumah Sewa
Kesimpulannya, jika kita berpindah ke rumah yang baru tidak
kiralah menyewa atau membeli, haruslah kita membuat solat hajat atau bacaan doa
selamat untuk mendinding rumah itu daripada gangguan makhluk halus ini. Sekian,
terima kasih.
No comments:
Post a Comment